KERANCUAN AYAT BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL
KERANCUAN
AYAT BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat lihat penggunaan yang semakin berleluasa tentang kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di media sosial. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan ‘rancu’ bermaksud tidak teratur, bercampur aduk dan kacau (bahasa) manakala kerancuan bermaksud keadaan rancu atau kekeliruan penggunaanya.Kewujudan dan penggunaan media sosial terutamanya dalam kalangan remaja telah menimbulkan polemik tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerancuan bahasa ini juga meliputi kepada kecelaruan, kekacauan, pencemaran dan kesilapan yang telah mengacu kepada bahasa memberikan makna yang sama. Lazimnya, kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di media sosial sering diendahkan oleh masyarakat pada masa kini. Antara kerancuan bahasa yang seringkali digunakan di media sosial ialah penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa dialek, penggunaan ejaan yang salah dan sebagainya. Keracuan bahasa juga termasuk dengan keracuan daripada aspek sebutan, ejaan, kosa kata, istilah dan laras bahasa. Pengaruh kerancuan bahasa ini dapat dikesan dalam dunia teknologi iaitu media sosial yang menjadi elemen penghubung antara manusia dengan manusia lain seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan lain-lain.
Rajah
1.0 menunjukkan kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di Twitter
Fenomena ini berlaku kerana ia mempunyai beberapa faktor yang mendorong
perkara ini berlaku. Antara punca berlakunya kerancuan dalam ayat bahasa Melayu
di media sosial ialah penggunaan bahasa rojak dalam media sosial. Penggunaan
bahasa rojak telah menjadi satu tanda baharu bagi kewujudan fenomena bahasa
pengacuan dalam bahasa melayu. Penggunaan bahasa rojak merupakan gabungan
perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam menerangkan sesuatu perkara.
Walhal, amalan penggunaan bahasa rojak ini sudah sebati dalam diri kalangan
masyarakat di Malaysia terutamanya di Malaysia. Penggunaan bahasa rojak dalam
ayat bahasa Melayu berlaku kerana hadirnya segelintir masyarakat ataupun remaja
yang tidak petah berbicara dalam bahasa Melayu. Teo Kok Seong (2006:700) berkata,
penggunaan bentuk dan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan
bahasa Inggeris sama ada pada peringkat perkataan, frasa, ayat, atau wacana
merupakan gejala linguistik bahasa Melayu yang rancu. Pada realitinya, memang
tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa rojak sering digunakan di media
sosial kerana remaja pada masa kini beranggapan bahawa penggunaan bahasa rojak
merupakan satu perkara yang moden. Penggunaan ayat bahasa Melayu di media
sosial telah diselitkan dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris. Berdasarkan
rajah 1.0 menunjukkan bahawa telah berlaku fenomena kerancuan bahasa iaitu
penggunaan bahasa rojak di dalam Twitter. Penguna media sosial itu telah menggabungkan
perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk membentuk sebuah ayat. Contoh
penggunaan bahasa rojak yang kerap dijumpai ialah ‘You nak ke mana?”. Penggunaan
ayat bahasa Melayu yang betul bagi ayat tersebut ialah “Awak nak ke mana?”. Ini
menunjukkan bahawa masyarakat gemar mencampurkan kedua-dua bahasa untuk membentuk
sebuah ayat. Tan Sri Lee Lam Thye (Utusan Malaysia, 2014) pernah mengatakan
bahawa penggunaan bahasa rojak telah membuktikkan cerminan sikap dan
ketidakyakinan rakyat Malaysaia terhadap penggunaan bahasa Melayu di laman
sosial.
Rajah 2.0 menunjukkan kerancuan dalam ayat bahasa
Melayu di Instagram
Gambar rajah 2.0 telah menunjukkan berlaku keracuan bahasa di dalam
Instagram di mana berlaku fenomena penggunaan bahasa dialek yang ketara di
dalam media sosial. Negara kita dipenuhi dengan pelbagai dialek seperti dialek
Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan sebagainya. Pengguna tersebut telah
menggunakan beberapa bahasa dialek Kelantan iaitu ‘kecek’ merujuk kepada
‘bercakap’, ‘buke’ merujuk kepada ‘bukan’, ‘bulih’ merujuk kepada ‘boleh’ dan
sebagainya. Penggunaan bahasa dialek ini telah memberi kesan kepada penulisan
di dalam media sosial. Malah, fenomena ini juga akan menimbulkan isu makna yang
berbeza jika dibaca pengguna yang bukan berasal dari Kelantan. Kebanyakkan
pengguna dialek tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu yang
betul. Hal ini kerana, mereka sudah terbiasa dengan persekitarannya yang
menggunakan bahasa dialek mereka sendiri. Oleh itu, penggunaan bahasa dialek
juga turut digunakan dalam media sosial. Maka, timbulah masalah kerancuan dalam
ayat bahasa Melayu. Menurut Siti Rahimah Mustaffa et al. (2017), penggunaan
dialek dalam komunikasi boleh membawa kepada kemerosotan tahap keyakinan diri
seseorang individu untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Perkara ini menjadi
punca utama penggunaan bahasa dialek dalam media sosial.
Rajah 3.0 menunjukkan kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di Whatsapp
Bagi gambar rajah 3.0, kerancuan ayat bahasa Melayu dalam media sosial
ialah fenomena penggunaan bahasa singkatan dan kesalahan ejaan. Rajah 3.0
menunjukkan keracuan ayat bahasa Melayu dalam Whatsapp. Pengguna telah
menggunakan kata singkatan di dalam perbualan sehariannya seperti penggunaan
ayat ‘x’, ‘lmbt’, ‘kat’ dan ‘ye’. Dalam perbualan itu, terdapat beberapa
fenomena kesalahan ejaan dan penggunaan kata singkatan. Bagi penggunaan kata
singkatan untuk ‘x’ telah disingkatkan bagi perkataan ‘tak’ dan ‘kat’ untuk
‘dekat’. Bukan itu sahaja, terdapat juga kesalahan ejaan seperti ‘lmbt’
sepatutnya dieja ‘lambat’ dan ‘ye’ dieja ‘ya’. Ini membuktikkan bahawa pengguna
kerap menggunakan keracuan ayat bahasa Melayu di media sosial. Penggunaan
bahasa singkatan dan kesalahan ejaan ini mampu menjejaskan prestasi individu
yang masih lagi di bangku sekolah kerana didedahkan dengan pkeracuan bahasa.
Kesan daripada kerancuan bahasa
Melayu ini yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja ini akan menghakis
kekuatan bahasa Melayu itu sendiri akibat dari penggunaan bahasa rojak. Malah,
masyarakat juga akan memandang remeh terhadap penggunaan bahasa Melayu yang
betul di media sosial. Impak lain bagi penggunaan kerancuan ayat bahasa Melayu
di media sosial ialah pendidikan masyarakat terhadap penggunaan ayat bahasa
Melayu yang betul akan terjejas. Hal ini dikatakan kerana mereka sudah terbiasa
dengan penggunaan ayat tersebut dalam kehidupan seharian. Dari sudut perspektif
yang lain, impak kerancuan bahasa ini juga memberi kesan kepada penguasaan
bahasa serta komunikasi individu. Persoalannya, mengapakah perkara ini boleh berlaku?
Perkara ini boleh berlaku kerana kurangnya penguasaan bahasa di media sosial
sehingga ia memberikan kesan yang negatif dalam komunikasi seharian. Masyarakat
pada masa kini banyak meluangkan masa mereka dengan melayari media sosial. Oleh
itu, bolehlah dikatakan sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja turut
terpengaruh dengan penggunaan kerancuan bahasa di media sosial sehingga ia
menjadi kebiasaan kepada mereka.
Sementelahan pula, impak lain bagi kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di
media sosial ialah perkara ini akan menjejaskan mutu dan kemurnian bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat. Kemerosotan bahasa Melayu terjadi kerana
penggunaan keracuan bahasa yang semakin berleluasa seperti penggunaan bahasa
rojak, bahasa dialek dan pengunaan ejaan yang salah. Kemurnian bahasa Melayu
juga akan terjejas kerana penggunaan tulisan bahasa Melayu semakin kerap
digunakan seperti penggunaan bahasa yang singkat. Perkara seperti ini mampu
memberikan kesan kepada bangsa Melayu itu sendiri kerana rosak sesebuah bahasa
maka rosaklah bangsa itu.
Namun, setiap masalah semestinya
mempunyai jalan penyelesaian yang dapat dilakukan. Antara ikhtiar yang dapat menangani
masalah kerancuan ayat dalam bahasa Melayu di media sosial ialah guru haruslah
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan serta memantau tahap
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Para guru haruslah memberikan
penekanan terhadap penggunaan tatabahasa, ejaan dan kosa kata yang digunakan
dalam kalangan pelajar di media sosial. Malah, guru juga berperanan untuk
menegur dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berkait
dengan keracuan bahasa. Ini menunjukkan bahawa langkah menangani masalah
kerancuan bahasa bergantung kepada pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah
haruslah mengambil langkah yang efisien dan proaktif agar para pelajar dapat menguasai
bahasa Melayu standard seperti mengadakan aktiviti bulan bahasa.
Ikhtiar lain yang dapat dilakukan ialah pihak kerajaan juga memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah kerancuan bahasa ini. Pihak
kerajaan haruslah menguatkuasakan dan mengadakan kempen penggunaan bahasa
Melayu yang betul di dalam media sosial. Hal ini bertujuan untuk menarik minat
serta menggalakan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dalam kalangan
masyarakat. Penggunaan medium media sosial merupakan satu langkah yang proaktif
dalam melaksanakan sebuah kempen. Malah, Kerjasama pihak kerajaan dengan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) juga memberi impak yang positif dalam menjayakan
kempen tersebut. Kempen ini haruslah menitiberatkan penggunaan laras bahasa yang
sesuai di dalam media sosial. Sebagai
contoh yang dapat kita praktikkan ialah mengawal diri daripada menggunakan
bahasa rojak di dalam media sosial dan kehidupan seharian. Keadaan ini akan
menjadi kebiasaan kepada mereka supaya mereka menggunakan penggunaan bahasa
yang betul. Kesannya, penggunaan kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di kalangan
masyarakat akan semakin berkurang.
Natijahnya, sudah terang lagikan
bersuluh bahawa kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di dalam media sosial telah
memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, kita haruslah bersepakat antara satu sama lain untuk
menghakis dan menghapus masalah keracuan dalam ayat bahasa Melayu di media
sosial agar penggunaan bahasa Melayu di media sosial tidak berterusan.
Comments
Post a Comment